BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 11 August 2012

Cerpen: Cinta atau Suka???

“Apa beza suka dan cinta?” Tasya bertanya secara tiba-tiba

“Sama macam apa kita rasa pada sekuntum mawar.”  Mira cuba berkias.

“Terangkan.” Tasya mula berkerut dahi. Padanya cinta dan suka adalah elemen yang sama.
  
“Kalau kita suka pada sekuntum mawar, kita akan petik mawar tu sebab mawar tu cantik dan harum. Tapi kalau kita cintakan ia, kita akan siram mawar tu hari-hari, untuk pastikan ia sentiasa mekar pada dahannya.”pandai Mira bermain dengan kata-kata.

“Jadi?” Tasya masih bingung dengan jawapan itu.

“Sama macam sesama manusia. Kalau kita suka dia, kita akan berusaha untuk jadikan dia milik kita, walau apa cara sekalipun. Tetapi kalau kita cintakan dia, kita akan sentiasa berdoa untuk dia, agar dia sentiasa bahagia walau bukan bersama kita.”panjang lebar Mira menerangkan.

  Tasya tersenyum. Hujan yang tadinya turun kini berhenti serta merta.
"Wah! pandai kau berkata-kata, sejak bila ni? macam dah ada pengalaman je.." Tasya senyum sinis.

"Taklah, mana ada..terpengaruh dengan novel ni lah.." Mira menunjukkan buku novel keluaran alaf 21 yang baru dibelinya semalam.
"cinta sejati.."

"Ha? apa kau cakap?"

"Tajuk novel ni, 'Cinta Sejati'." buku novel itu sudahpun bertukar tangan. Tasya membelek-belek buku novel itu dan menjumpai satu kata-kata yang menarik perhatiannya.

'✿~ HEBATNYA lelaki itu, apabila dia berjaya MEMAHALKAN WANITA hanya melalui AGAMA DAN AKHLAKNYA..✿~ ' bisik hati kecilnya.

"Bilalah agaknya aku akan dapat lelaki yang hebat ni, kan Mira?" Tasya seakan mengeluh.

"Aii! bercakap macam orang dah putus cinta. Kau punya Faizal tak cukup hebat lagi ke?" Mira meneguk secawan teh o panas.

"Aku dengan Faizal cuma kawan je, tak declare apa-apa pun. Kau ni fikir lain pula." Tasya cuba menafikan hubungannya dengan Faizal yang kini sudah kian akrab. Katanya sekadar teman tapi mesra, boleh ke percaya?

"3 tahun kau berdua berkawan, takkan masih tak ada perasaan, kau tak boleh tipu aku la Tasya, teman tapi mesra konon.." Tasya ketawa.

"Kau ni memang saja nak kenakan aku kan, mesti kau masukkan bab Faizal juga. Malas nak layan kau." Tasya segera bangkit dari sofa dan menaiki anak tangga. Mira hanya menggeleng melihat tingkah temannya itu.

"Nak pergi mana pula tu? aku tak habis cakap lagilah.."

"Daripada aku layan kau, baik aku layan facebook aku, lagi baguss.." 
Mira senyum sendirian dan menyambung pembacaannya.
 "Hmm..cinta sejati? wujud ke?" sengaja menimbulkan persoalan di dalam benaknya.

*****************************************************************************

"Hello Mira, kau dekat mana? banyak barang ni! kau tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini. Hampeh betul!"bebel Tasya. Dia sudah tidak cukup tangan untuk mengangkat barang-barang perbelanjaan rumah mereka.

"Ya..ya..kejap lagi aku sampai, 5 minutes." Mira terus meletakkan telefon untuk memberi tumpuan dalam pemanduannya.

Tasya yang sudah menunggu lebih 10 minit itu tidak henti-henti mengomel. Matahari yang memancar terik menyebabkan mukanya terasa melekit. Dia sama sekali tidak suka menunggu dalam keadaan panas begitu. 

"Eh, Tasya? you buat apa dekat sini. Banyaknya barang. Biar I tolong." Tasya kaget melihat tiba-tiba sahaja Faizal muncul dihadapannya.

"Faizal...ooo thanks, I tengah tunggu Mira ni, tak sampai-sampai lagi.."

"Biar I hantar you balik? lagipun I tengah free, kesian tengok you sendirian dekat sini." pelawa Faizal.

"Tak menyusahkan you ke Faizal? kalau Mira sampai nanti, haaa,,,,itu pun dia, panjang umur." Tasya melambaikan tangan memberi isyarat kepada Mira.

"Barang-barang I..."

"Tak apa, biar I tolong bawa sampai ke kereta."

"Hai Faizal, macam mana you boleh ada dekat sini? temankan Tasya ke?"
Faizal tersenyum. Tasya sibuk memasukkan barang-barang ke dalam kereta.

"Kebetulan I ada kerja sikit tadi, tiba-tiba terserempak dengan Tasya, tak sampai hati pula tengok dia bawa barang ni sorang-sorang."ujar Faizal sambil membuka kaca mata hitamnya.

"Kalau Mira tau Faizal ada dekat sini, Mira suruh je Tasya naik dengan Faizal. Lagipun Tasya ni........" tidak sempat dia menghabiskan kata-kata, Tasya terlebih dahulu mencuit lengan Mira dan memotong kata-katanya.

"Mmm..oklah Faizal, kami balik dulu, btw, thanks..bye.." Tasya segera menarik Mira masuk ke dalam kereta.

"Ok..bye sweety," Faizal tertawa kecil. Tak tahu apa yang melucukannya.


********************************************************************************

"Kau saja je Mira, apa yang cuba kau nak cakap kat dia tadi? mengada-ngada betullah kau ni." omel Tasya. Geram dengan sikap temannya yang seorang itu.

"Relaxlah Tasya, aku nak menyakat kau je tadi. Tapi aku rasa dia tu memang suka kau lah..Kau tak perasan ke? Kau tak dengar tadi? siap panggil kau 'sweety'..Ada makna tu Tasya,"ujar Mira bersungguh.

"Kau ni macam baru kenal dia pula, semua perempuan dia panggil sweety lah, honey lah, apa-apa ajalah kau ni. Dah. Stop talking about him."Tasya mengambil telefon bimbitnya, membalas mesej daripada seseorang.

"Eh, siapa pula tu?" mereka berdua memandang lelaki yang berdiri betul di hadapan rumah mereka. Tasya keluar dan membukakan pintu pagar untuk Mira. Matanya memerhatikan lelaki yang tidak dikenalinya itu, aneh.

"Mmm..encik cari siapa?"tanya Tasya berhati-hati. Lelaki itu masih membisu. Memandang Tasya seakan terpana melihat wajahnya yang redup bertudung.

"Boleh kami tahu encik ni siapa? dan nak apa datang sini?"giliran Mira pula bertanya.

"Oh, mm..maaf, maaf kalau saya mengganggu. Saya datang mencari Nurul Natasya... bt Haji Kamarul, boleh saya berjumpa dengannya?" Ujarnya, garau sekali. Dia memberikan segarit senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Mereka terkejut, bagaimana lelaki yang sama sekali tidak mereka kenali mengetahui nama penuh Tasya? Tasya mengerutkan dahi.

"Kenapa nak berjumpa dengan Nurul Natasya? dengan saya tak nak jumpa?" seloroh Mira. Pantang saja dia bertemu dengan lelaki jambu, hatinya mudah layu. Babyface katanya. Tasya menyenggol bahu Mira, malu dengan temannya yang tak tahu malu itu. Lelaki itu geli hati melihat tingkah Mira yang selamba.

"Kalau tak salah saya...awaklah Nurul Natasya...kan? saya, Ameer.. Ameer Firdaus." Ameer mula memperkenalkan dirinya.

"Tapi macam mana awak boleh tahu saya padahal kita tak saling kenal?" tanya Tasya. Mira pula bosan menunggu bagai tunggul di situ.

"Saya sebenarnya....mmm...tak apalah, saya datang ni pun sebab nak bagi baju ni dekat awak. Mama awak pesan, suruh awak pakai baju ni masa kenduri doa selamat esok." Tasya semakin bingung. Dia menyambut bungkusan dari tangan Ameer.

"Tapi...."

"Tapi tak apalah, saya balik dulu. Assalamualaikum....." Ameer segera meminta diri sebelum sempat Tasya mahu bertanya lebih lanjut lagi. Dia menghadiahkan seulas senyuman yang manis. Mereka menjawab salam itu. Ameer menekan minyak dan menderum laju meninggalkan perkarangan rumah mereka.

"Setahu aku, mak aku tak pernah pula kirim apa-apa baju pun sebelum ni, setakat nak pergi majlis kenduri doa selamat je, bukannya pergi dinner.  Sama ada mak aku yang pelik, atau mamat jambu tu yang tersalah hantar?" puas dia berfikir.

"Ala kau ni, orang dah bagi tu ambil sajalah, kalau tak nak bagi aku." mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

"Aku cuma pelik, lelaki tadi pun aku tak kenal." dia membelek-belek baju itu. Baju kurung Pahang berwarna biru muda, warna kesukaannya.

"Cantiknya Sya, high taste lah mak kau ni. Nanti bolehlah aku pinjam." Mira sibuk memadan-madankan baju itu dengan tubuhnya.

"Suka hati kaulah Mira." Tasya membuka tudungnya dan mengikat rambut ikalnya yang megurai itu. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

********************************************************

Ameer tersenyum sendirian. Wajah Tasya masih bermain di benak fikirannya, sengaja tidak mahu dihapuskan. Tidak lama kemudian, telefon bimbit jenis blackberrynya berdering. Tanpa melihat siapa pemanggilnya dia sudah dapat mengagak.

"Waalaikumsalam umi..."

"Macam mana?" sengaja uminya bertanya.

"macam mana apa?"

"Sudah gaharu, cendana pula? uminya berkias. Ameer tertawa.

"O..klah.." giliran uminya pula yang tertawa.

"Ok je? umi tau, Am sekarang tengah tersenyum lebar sampai ke telinga lepas jumpa dia kan?" Ameer jadi malu sendiri.

"Lepas ni Am ke mana?"

"Am ke hospital lagi, ada kerja sikit." ujarnya sambil memutarkan stereng ke kiri.

"Oklah, jangan balik lewat sangat. Assalamualaikum." selepas menjawab salam, dia mematikan telefon, memberi perhatian kepada pemanduannya.

**************************************************************

"Nurul...Natasya..." nama itu sekali lagi meniti di bibir Ameer. Sekeping gambar bersaiz sederhana ditatap penuh makna.

"Ameer, aku rasa kau ni dah gila bayanglah. Dari tadi nama tu saja yang kau sebut. Itu ke perempuan yang kau pernah cerita dengan aku dulu? tunang yang tak pernah kau jumpa selama kau belajar di luar negara? entah-entah dia pun tak tahu yang dia telah ditunangkan dengan kau?"
tanya Reyhan panjang lebar. Ameer mengangguk dan tersenyum.

"Aku rasa dulu kau juga yang tak setuju dengan hubungan tu, sekarang dah terbalik nampaknya." ujar Reyhan sinis. Kedengaran deru nafas Ameer terluah.

"Hmm..entahlah Rey, bila aku dengar mak aku bercerita tentang dia, aku rasa tertarik, tertarik nak mendalami hati budinya, tertarik untuk berkenalan dengannya lebih dekat lagi. Aku tak tahulah, sebab itu yang aku rasa."luah Ameer.

 "Then, kalau dia dah ada pilihan hati? kau tetap nak pertahankan juga hubungan tu?"sekali lagi Reyhan bertanya ingin tahu.

"Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Rey. Dia ada hak untuk memilih teman hidupnya sendiri. Siapa aku nak mempertahankan, aku bukan memaksa dan berharap, ni soal perasaan. Kami boleh jadi kawan walaupun tak berpasangan. Kumbang bukan seekor dan bunga pun bukannya sekuntum, betul tak?" ujar Ameer tenang. Reyhan mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata temannya itu.

"Oklah..apa-apa pun sebagai kawan, aku tetap doakan yang terbaik untuk kau, btw, ini file kesihatan pesakit semalam, kau berikan dekat Doktor Syikin, dia nak check."

"Letaklah dulu atas meja tu, nanti aku sampaikan."selepas mengucapkan terima kasih, Reyhan pun berlalu keluar dari bilik itu. Ameer bersandar di kerusinya sambil mengusap rambutnya ke belakang. Runsing juga dia memikirkan soal itu. Betulkah dia tidak akan mempertahankan apa-apa? apa perasaan sebenarnya terhadap Tasya? atau sekadar tertarik melihat wajah putih bersih bak bidadari saja, macam kata orang 'love at first sight'? Ameer sendiri bingung.' Macam nilah rupa orang yang tak pernah bercinta..' bisik hati kecilnya. Sempat dia membuka account facebooknya dan membalas mesej dari 'puteri kayangan', teman di dalam alam mayanya yang dia juga tidak tahu siapa gerangan puteri kayangan yang sebenar. Sekadar gambar kartun muslimah berpurdah yang menghiasi profile picture. Selesai meneroka 'mukabuku', dia kembali menyambung kerja yang masih tersisa. Berusaha untuk fokus walaupun sebaliknya yang terjadi.

***********************************************************



Matahari semakin tenggelam di ufuk barat. Tasya memasukkan beg pakaian di tempat belakang kereta. Rancangnya mahu pulang ke kampung seawal pagi besok, memandangkan majlis doa selamat itu akan berlangsung pada siang harinya dia memutuskan untuk berangkat sekitar waktu matahari mahu dimamah bumi sahaja, senja, kerana niat dihati mahu singgah ke rumah teman lama buat seketika. Perjalanan yang selalu memakan masa hampir 3 jam itu sedikit membuatkannya lenguh dan sengal-sengal badan, mungkin dari kesan kebiasaannya bekerja sehingga lewat malam. Tidak sabar rasanya untuk segera sampai ke destinasi. Irama lagu 'Ombak Rindu' menjamu halwa telinga Tasya




 





0 comments: