BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 11 August 2012

Cerpen: Cinta atau Suka???

“Apa beza suka dan cinta?” Tasya bertanya secara tiba-tiba

“Sama macam apa kita rasa pada sekuntum mawar.”  Mira cuba berkias.

“Terangkan.” Tasya mula berkerut dahi. Padanya cinta dan suka adalah elemen yang sama.
  
“Kalau kita suka pada sekuntum mawar, kita akan petik mawar tu sebab mawar tu cantik dan harum. Tapi kalau kita cintakan ia, kita akan siram mawar tu hari-hari, untuk pastikan ia sentiasa mekar pada dahannya.”pandai Mira bermain dengan kata-kata.

“Jadi?” Tasya masih bingung dengan jawapan itu.

“Sama macam sesama manusia. Kalau kita suka dia, kita akan berusaha untuk jadikan dia milik kita, walau apa cara sekalipun. Tetapi kalau kita cintakan dia, kita akan sentiasa berdoa untuk dia, agar dia sentiasa bahagia walau bukan bersama kita.”panjang lebar Mira menerangkan.

  Tasya tersenyum. Hujan yang tadinya turun kini berhenti serta merta.
"Wah! pandai kau berkata-kata, sejak bila ni? macam dah ada pengalaman je.." Tasya senyum sinis.

"Taklah, mana ada..terpengaruh dengan novel ni lah.." Mira menunjukkan buku novel keluaran alaf 21 yang baru dibelinya semalam.
"cinta sejati.."

"Ha? apa kau cakap?"

"Tajuk novel ni, 'Cinta Sejati'." buku novel itu sudahpun bertukar tangan. Tasya membelek-belek buku novel itu dan menjumpai satu kata-kata yang menarik perhatiannya.

'✿~ HEBATNYA lelaki itu, apabila dia berjaya MEMAHALKAN WANITA hanya melalui AGAMA DAN AKHLAKNYA..✿~ ' bisik hati kecilnya.

"Bilalah agaknya aku akan dapat lelaki yang hebat ni, kan Mira?" Tasya seakan mengeluh.

"Aii! bercakap macam orang dah putus cinta. Kau punya Faizal tak cukup hebat lagi ke?" Mira meneguk secawan teh o panas.

"Aku dengan Faizal cuma kawan je, tak declare apa-apa pun. Kau ni fikir lain pula." Tasya cuba menafikan hubungannya dengan Faizal yang kini sudah kian akrab. Katanya sekadar teman tapi mesra, boleh ke percaya?

"3 tahun kau berdua berkawan, takkan masih tak ada perasaan, kau tak boleh tipu aku la Tasya, teman tapi mesra konon.." Tasya ketawa.

"Kau ni memang saja nak kenakan aku kan, mesti kau masukkan bab Faizal juga. Malas nak layan kau." Tasya segera bangkit dari sofa dan menaiki anak tangga. Mira hanya menggeleng melihat tingkah temannya itu.

"Nak pergi mana pula tu? aku tak habis cakap lagilah.."

"Daripada aku layan kau, baik aku layan facebook aku, lagi baguss.." 
Mira senyum sendirian dan menyambung pembacaannya.
 "Hmm..cinta sejati? wujud ke?" sengaja menimbulkan persoalan di dalam benaknya.

*****************************************************************************

"Hello Mira, kau dekat mana? banyak barang ni! kau tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini. Hampeh betul!"bebel Tasya. Dia sudah tidak cukup tangan untuk mengangkat barang-barang perbelanjaan rumah mereka.

"Ya..ya..kejap lagi aku sampai, 5 minutes." Mira terus meletakkan telefon untuk memberi tumpuan dalam pemanduannya.

Tasya yang sudah menunggu lebih 10 minit itu tidak henti-henti mengomel. Matahari yang memancar terik menyebabkan mukanya terasa melekit. Dia sama sekali tidak suka menunggu dalam keadaan panas begitu. 

"Eh, Tasya? you buat apa dekat sini. Banyaknya barang. Biar I tolong." Tasya kaget melihat tiba-tiba sahaja Faizal muncul dihadapannya.

"Faizal...ooo thanks, I tengah tunggu Mira ni, tak sampai-sampai lagi.."

"Biar I hantar you balik? lagipun I tengah free, kesian tengok you sendirian dekat sini." pelawa Faizal.

"Tak menyusahkan you ke Faizal? kalau Mira sampai nanti, haaa,,,,itu pun dia, panjang umur." Tasya melambaikan tangan memberi isyarat kepada Mira.

"Barang-barang I..."

"Tak apa, biar I tolong bawa sampai ke kereta."

"Hai Faizal, macam mana you boleh ada dekat sini? temankan Tasya ke?"
Faizal tersenyum. Tasya sibuk memasukkan barang-barang ke dalam kereta.

"Kebetulan I ada kerja sikit tadi, tiba-tiba terserempak dengan Tasya, tak sampai hati pula tengok dia bawa barang ni sorang-sorang."ujar Faizal sambil membuka kaca mata hitamnya.

"Kalau Mira tau Faizal ada dekat sini, Mira suruh je Tasya naik dengan Faizal. Lagipun Tasya ni........" tidak sempat dia menghabiskan kata-kata, Tasya terlebih dahulu mencuit lengan Mira dan memotong kata-katanya.

"Mmm..oklah Faizal, kami balik dulu, btw, thanks..bye.." Tasya segera menarik Mira masuk ke dalam kereta.

"Ok..bye sweety," Faizal tertawa kecil. Tak tahu apa yang melucukannya.


********************************************************************************

"Kau saja je Mira, apa yang cuba kau nak cakap kat dia tadi? mengada-ngada betullah kau ni." omel Tasya. Geram dengan sikap temannya yang seorang itu.

"Relaxlah Tasya, aku nak menyakat kau je tadi. Tapi aku rasa dia tu memang suka kau lah..Kau tak perasan ke? Kau tak dengar tadi? siap panggil kau 'sweety'..Ada makna tu Tasya,"ujar Mira bersungguh.

"Kau ni macam baru kenal dia pula, semua perempuan dia panggil sweety lah, honey lah, apa-apa ajalah kau ni. Dah. Stop talking about him."Tasya mengambil telefon bimbitnya, membalas mesej daripada seseorang.

"Eh, siapa pula tu?" mereka berdua memandang lelaki yang berdiri betul di hadapan rumah mereka. Tasya keluar dan membukakan pintu pagar untuk Mira. Matanya memerhatikan lelaki yang tidak dikenalinya itu, aneh.

"Mmm..encik cari siapa?"tanya Tasya berhati-hati. Lelaki itu masih membisu. Memandang Tasya seakan terpana melihat wajahnya yang redup bertudung.

"Boleh kami tahu encik ni siapa? dan nak apa datang sini?"giliran Mira pula bertanya.

"Oh, mm..maaf, maaf kalau saya mengganggu. Saya datang mencari Nurul Natasya... bt Haji Kamarul, boleh saya berjumpa dengannya?" Ujarnya, garau sekali. Dia memberikan segarit senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Mereka terkejut, bagaimana lelaki yang sama sekali tidak mereka kenali mengetahui nama penuh Tasya? Tasya mengerutkan dahi.

"Kenapa nak berjumpa dengan Nurul Natasya? dengan saya tak nak jumpa?" seloroh Mira. Pantang saja dia bertemu dengan lelaki jambu, hatinya mudah layu. Babyface katanya. Tasya menyenggol bahu Mira, malu dengan temannya yang tak tahu malu itu. Lelaki itu geli hati melihat tingkah Mira yang selamba.

"Kalau tak salah saya...awaklah Nurul Natasya...kan? saya, Ameer.. Ameer Firdaus." Ameer mula memperkenalkan dirinya.

"Tapi macam mana awak boleh tahu saya padahal kita tak saling kenal?" tanya Tasya. Mira pula bosan menunggu bagai tunggul di situ.

"Saya sebenarnya....mmm...tak apalah, saya datang ni pun sebab nak bagi baju ni dekat awak. Mama awak pesan, suruh awak pakai baju ni masa kenduri doa selamat esok." Tasya semakin bingung. Dia menyambut bungkusan dari tangan Ameer.

"Tapi...."

"Tapi tak apalah, saya balik dulu. Assalamualaikum....." Ameer segera meminta diri sebelum sempat Tasya mahu bertanya lebih lanjut lagi. Dia menghadiahkan seulas senyuman yang manis. Mereka menjawab salam itu. Ameer menekan minyak dan menderum laju meninggalkan perkarangan rumah mereka.

"Setahu aku, mak aku tak pernah pula kirim apa-apa baju pun sebelum ni, setakat nak pergi majlis kenduri doa selamat je, bukannya pergi dinner.  Sama ada mak aku yang pelik, atau mamat jambu tu yang tersalah hantar?" puas dia berfikir.

"Ala kau ni, orang dah bagi tu ambil sajalah, kalau tak nak bagi aku." mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

"Aku cuma pelik, lelaki tadi pun aku tak kenal." dia membelek-belek baju itu. Baju kurung Pahang berwarna biru muda, warna kesukaannya.

"Cantiknya Sya, high taste lah mak kau ni. Nanti bolehlah aku pinjam." Mira sibuk memadan-madankan baju itu dengan tubuhnya.

"Suka hati kaulah Mira." Tasya membuka tudungnya dan mengikat rambut ikalnya yang megurai itu. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

********************************************************

Ameer tersenyum sendirian. Wajah Tasya masih bermain di benak fikirannya, sengaja tidak mahu dihapuskan. Tidak lama kemudian, telefon bimbit jenis blackberrynya berdering. Tanpa melihat siapa pemanggilnya dia sudah dapat mengagak.

"Waalaikumsalam umi..."

"Macam mana?" sengaja uminya bertanya.

"macam mana apa?"

"Sudah gaharu, cendana pula? uminya berkias. Ameer tertawa.

"O..klah.." giliran uminya pula yang tertawa.

"Ok je? umi tau, Am sekarang tengah tersenyum lebar sampai ke telinga lepas jumpa dia kan?" Ameer jadi malu sendiri.

"Lepas ni Am ke mana?"

"Am ke hospital lagi, ada kerja sikit." ujarnya sambil memutarkan stereng ke kiri.

"Oklah, jangan balik lewat sangat. Assalamualaikum." selepas menjawab salam, dia mematikan telefon, memberi perhatian kepada pemanduannya.

**************************************************************

"Nurul...Natasya..." nama itu sekali lagi meniti di bibir Ameer. Sekeping gambar bersaiz sederhana ditatap penuh makna.

"Ameer, aku rasa kau ni dah gila bayanglah. Dari tadi nama tu saja yang kau sebut. Itu ke perempuan yang kau pernah cerita dengan aku dulu? tunang yang tak pernah kau jumpa selama kau belajar di luar negara? entah-entah dia pun tak tahu yang dia telah ditunangkan dengan kau?"
tanya Reyhan panjang lebar. Ameer mengangguk dan tersenyum.

"Aku rasa dulu kau juga yang tak setuju dengan hubungan tu, sekarang dah terbalik nampaknya." ujar Reyhan sinis. Kedengaran deru nafas Ameer terluah.

"Hmm..entahlah Rey, bila aku dengar mak aku bercerita tentang dia, aku rasa tertarik, tertarik nak mendalami hati budinya, tertarik untuk berkenalan dengannya lebih dekat lagi. Aku tak tahulah, sebab itu yang aku rasa."luah Ameer.

 "Then, kalau dia dah ada pilihan hati? kau tetap nak pertahankan juga hubungan tu?"sekali lagi Reyhan bertanya ingin tahu.

"Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Rey. Dia ada hak untuk memilih teman hidupnya sendiri. Siapa aku nak mempertahankan, aku bukan memaksa dan berharap, ni soal perasaan. Kami boleh jadi kawan walaupun tak berpasangan. Kumbang bukan seekor dan bunga pun bukannya sekuntum, betul tak?" ujar Ameer tenang. Reyhan mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata temannya itu.

"Oklah..apa-apa pun sebagai kawan, aku tetap doakan yang terbaik untuk kau, btw, ini file kesihatan pesakit semalam, kau berikan dekat Doktor Syikin, dia nak check."

"Letaklah dulu atas meja tu, nanti aku sampaikan."selepas mengucapkan terima kasih, Reyhan pun berlalu keluar dari bilik itu. Ameer bersandar di kerusinya sambil mengusap rambutnya ke belakang. Runsing juga dia memikirkan soal itu. Betulkah dia tidak akan mempertahankan apa-apa? apa perasaan sebenarnya terhadap Tasya? atau sekadar tertarik melihat wajah putih bersih bak bidadari saja, macam kata orang 'love at first sight'? Ameer sendiri bingung.' Macam nilah rupa orang yang tak pernah bercinta..' bisik hati kecilnya. Sempat dia membuka account facebooknya dan membalas mesej dari 'puteri kayangan', teman di dalam alam mayanya yang dia juga tidak tahu siapa gerangan puteri kayangan yang sebenar. Sekadar gambar kartun muslimah berpurdah yang menghiasi profile picture. Selesai meneroka 'mukabuku', dia kembali menyambung kerja yang masih tersisa. Berusaha untuk fokus walaupun sebaliknya yang terjadi.

***********************************************************



Matahari semakin tenggelam di ufuk barat. Tasya memasukkan beg pakaian di tempat belakang kereta. Rancangnya mahu pulang ke kampung seawal pagi besok, memandangkan majlis doa selamat itu akan berlangsung pada siang harinya dia memutuskan untuk berangkat sekitar waktu matahari mahu dimamah bumi sahaja, senja, kerana niat dihati mahu singgah ke rumah teman lama buat seketika. Perjalanan yang selalu memakan masa hampir 3 jam itu sedikit membuatkannya lenguh dan sengal-sengal badan, mungkin dari kesan kebiasaannya bekerja sehingga lewat malam. Tidak sabar rasanya untuk segera sampai ke destinasi. Irama lagu 'Ombak Rindu' menjamu halwa telinga Tasya




 





Ada benda yg lebih bermanfaat daripada couple tau takkk

1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA.
.
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

Hati Ini Milik Tuhan



Tenangkanlah setiap hati hati kamu daripada kelalaian. Ia akan menjadi buta apabila ia letih dan sukar menilai mana yang benar. Lakukanlah tazkiah al-nafs [penyucian jiwa]untuk kita bersih daripada noda duniawi yang menghimpit diri...

"Bulan yang terang bercahaya takkan hilang sinarnya hanya kerana sebutir bintang yang memagarinya tak berkedip lagi"
"Pengalaman pahit walaupun jadi igauan
dan mimpi ngeri yang tak berkesudahan
kadang kadang ia mampu membuatkan kita
tersenyum tatkala kite dalam kesedihan"


"Kesabaran adalah minyak pelincir dalam kehidupan"
"hiduplah kita setenang yang boleh kerana hidup yang tenang ibarat air yang jernih"
"teman terbaik untuk berbicara adalah hati kerana ia tak pernah berbohong"
"ketenangan yang jelas,terang lagi bersuluh
ialah yang terpancar melalui air muka hasil
wuduk selepas solat"
'kalau bermain bermainlah bara,
bara digenggam bersama duri,
kita cerita kita berbicara,
untuk teladan motivasi diri'

Friday 10 August 2012

Cerpen: Ramadhan Terakhir

Cerpen: Ramadhan Terakhir

“Muhammad Akmal!!! Dengar cakap ayah,apa nak jadi dengan kau nii!”Suara ayah lantang sekali berhambur marah. Kedengaran deru nafasnya yang naik turun.Mataku tak lepas memandang ayah dengan penuh kebencian yang kian menyesakkan dadaku.

“Apa yang ayah nak?! Apa yang ayah nak Mal buat, ha?!Semua yang Mal buat ada je yang tak kena, ayah nak suruh Mal terperuk je kat rumah ni? Baca quran? Berzikir 24 jam?Mal stress! Stress tau tak!! . Ada rumah pun macam neraka!!!”

“Astaghfirullah Akmal!!!!Tangan sasa ayah hinggapdi pipiku sehinggaku jatuh tersungkur.Marahku kian membuak, mengelap darah yang mengalir dari bibirku. Sakit.

“Ayah tak pernah ajar Mal biadap macam ni, mengucap nak, mengucap…”Suara ayah mulai mengendur. Air matanya mengalir tanpa dipaksa, tapi itu tidak akan melembutkan hatikuuntuk terus memberontak. Aku mendengus.

“Kenapa Mal jadi macam ni?dulu masa Mal kecil,ayah dengan ibu jaga Mal bagai menatang minyak yang penuh,bagi Mal kasih sayang yang cukup,ayah bagi apa saja yang Mal nak..ayah bagi didikan agama yang sempurna,bila Mal dah besar sekarang…ini balasan yang Mal bagi?Mal sakitkan hati ayah dengan ibu, melawan cakap ayah, Mal terpengaruh dengan kawan kawan,bertepuk tampar dengan perempuan yang bukan muhrim,”air mata ayah berjujuran.

“Apa yang salah dengan didikan ayah? Apa yang kurang?! Beritahu ayah, beritahu ayah sekarang!!

“Arrgghhhhh!!!!! Mal benci! Mal benci dengan diri Mal!! Kalau ayah tau Mal akan jadi anak dehaka macam ni, kenapa tak bunuh je Mal??!!! Aman satu dunia!”

Aku teriak lantas mengambil langkah seribu untuk tidak menjejakkan kaki lagi ke rumah itu. Rayuan ibu serta adik adik  tidakku endahkan. Aku berlari tanpa hala tuju. Bingung. Hatiku kosong. Aku merasakan duniaku kian kelam dan suram oleh kegelapan dosa.


“Abang, Mal dah lari..Imah nak pergi cari dia,"Ayah melarang ibu.

“Jangan….biarkanlah dia, Imah. Biar dia tentukan jalan hidup dia sendiri. Dia dah tak ada kena mengena dengan kita lagi.”Ujar ayah penuh kecewa. Ibu merengkuh wajah ayah.

“Tapi Akmal anak kita, bang..walau apa pun yang berlaku dia tetap darah daging kita. Imah risaukan dia.”Ayah hanya membisu dan berjalan menaiki anak tangga lemah, meninggalkan ibu berdiri termangu-mangu. Shida dan Ira mendakap erat tubuh ibu sambil menangis tersedu-sedu.


 **************************************************************


“Aaaa.. tidaaakkkkk!!!!” aku tersentak bangun dari tidur. Mengelap peluh dingin yang mengalir.

“Saudara tak  apa-apa?” sesosok pemuda yang berjubah

putih dan berkopiah mendekatiku.

“A..ku dekat mana sekarang?” berusaha untuk bangkit

tapi perutku terasa perih.

“Saudara jangan bimbang, sekarang kita di rumah Allah,

 Masjid Mustaqim. Saya Ahmad Irshad,

 AJK masjid di kampung ini. Saudara berehatlah, saya keluar dahulu.”

“Nanti!”

“Saudara butuh apa-apa? Saya boleh ambilkan.”

Tanganku mengisyaratkan supaya dia kembali duduk disampingku.

“Macam mana aku boleh ada dekat sini?”

“Saudara tak ingat apa-apa?” aku menggeleng.

“Panggil je aku Akmal.”

“Pagi tadi saya nampak Akmal jalan terhuyung-hayang,

dan tiba tiba je Akmal pengsan dan tidak sedarkan diri. Saya pun panggil orang kampong untuk usung Akmal ke masjid ini.”

Deru nafasku terluah. Dan tidak semena-mena air mata ku

yang setelah sekian lama kering, kini bergenang tidak henti-henti.

Irshad bingung dengan apa yang berlaku.

“Akmal ada masalah?kalau tak keberatan,

 Akmal boleh cerita dengan saya kalau itu

 boleh meringankan beban Akmal. Saya sedia mendengarnya

 dan saya akan cuba menolong mana yang mmpu.”

 Ujar Irshad ikhlas. Akmal menyeka air matanya.


 “Terima kasih…saya nak berehat.” Irshad mengangguk ,

 mengerti dengan maksud Akmal.

 Segera dia melangkah keluar dari kamar kecil itu.

 Sesekali dia menoleh kearah Akmal,

dia tertanya –tanya dengan keadaan yang menimpa saudara barunya itu.

Raut wajah Akmal yang menggambarkan

gelisah membuatkan dia nekad untuk membantu

Akmal dari beban derita yang ditanggung walaupun dia sama sekali tidak mengenal asal usul Akmal.


 *****************************************************************


"Assalamualaikum..." Irshad menyapa Akmal yang sendirian

 mengambil angin dihalaman masjid. 

Akmal sekadar memberi senyuman tawar.

"Waalaikumsalam, Shad..duduklah." 

Irshad memandang sahabatnya itu 

sambil menggelengkan kepala.

"Mal, aku nak tanya sikit boleh tak?" Akmal mengangguk sambil

 berjalan beberapa langkah ke arah pintu pagar masjid, 

melihat kanak kanak yang bermain di padang permainan asyik sekali. 

Senyuman ikhlas serta gelak tawa mereka mengenangkannya

 kepada keluarga tercinta. Irshad mendekati Akmal.

"Hampir 4 bulan lebih kau dekat sini Mal,..

Tapi kau masih belum beritahu aku lagi apa masalah kau, 

tempat tinggal kau, keluarga kau..." Akmal berpaling kearah sahabatnya itu.

" Dah dekat 10 kali kau tanya aku soalan yang sama."

"ya lah..sebab aku tak dapat jawapannya lagi." Irshad memegang bahu Akmal.

"Aku ni kawan kau, walaupun baru 4 bulan kita kenal

 tapi aku rasa macam dah kenal kau 4 tahun dulu. Atau kau tak boleh percayakan aku?" Akmal ketawa kecil.

" Shad, kau janganlah cakap macam tu, kalau kau nak tau,

 aku percayakan kau lebih daripada aku percayakan diri aku sendiri,

 kau tau tak. Selama 4 bulan lebih aku kat sini

 kau sajalah satu satunya kawan yang aku ada. 

Kau yang selalu bantu aku, 

ajar aku perkara-perkara wajib yang selama ni tak pernah aku buat. 

Bila aku tengok peribadi kau, 

aku rasa malu dengan diri aku. 

Malu dengan kau sebab aku terlalu jahil dalam bab agama." 

Irshad terdiam mendengar rintihan sahabatnya itu.

 Akmal menyeka air matanya yang mula menitis ke pipi.

" Kalau kau nak tau Shad, selama aku hidup ni, 

aku hanya menjadi seorang yang berdosa, 

berdosa dengan ibu bapa aku, adik-adik serta seluruh keluarga.

 Aku malu nak berhadapan dengan mereka sebab

 aku gagal menjadi seorang manusia. 

Bila aku dekat sini baru aku sedar yang aku 

dah jauh tersimpang dari landasan yang Allah dah tetapkan. 

Aku macam bayi yang baru dilahirkan, tak tahu apa-apa tentang kehidupan,

 baru nak belajar merangkak mengenal liku perjalanan,

 padahal aku dah separuh menjalani sisa kehidupan, 

yang mana aku tak tau bila aku akan menamatkan hayat ini.

 Mungkin esok..

dan mungkin juga ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan terakhir aku." Akmal menarik nafas menahan rasa sebak yang semakin menyesakkan, dia menepuk nepuk dadanya. Irshad sayu melihat keadaan Akmal. 

Dia cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Sekarang kau dah tau kan, betapa hinanya aku, betapa aku tidak bersyukur 

dengan kehidupan aku dulu, sungguh...aku menyesal Shad.. Aku takut Allah tak terima taubat aku." 

Irshad merangkul tubuh Akmal, seakan merasai apa yang dikesali sahabatnya itu dan sangat menjadi pengajaran serta iktibar terhadap

dirinya di masa akan datang kelak.

"Kau tak boleh cakap macam tu. Allah tak zalim, Mal. Selagi nyawa dikandung badan. Selagi iman kau teguh dan menyesali atas perbuatan kau, dan selagi kau mahu bertaubat Mal, Allah akan terima taubat kau...percayalah, sebab Allah Maha Pengasih lagi Maha pengampun." melihat Akmal menangis dia turut sebak sehingga mengalirkan air mata.

"Terima kasih Shad..... terima kasih....untuk segalanya, tak terbalas rasanya kebaikan kau terhadap aku, aku bertuah dapat kenal dengan kau." semakin deras manik-manik jernih yang mengalir dan semakin kuat jugalah keakraban tali ukhuwah mereka.

"Aku pun...dah la Mal, jomla balik dah nak berbuka ni, mesti mak aku cari kita,"

Akmal mengulas senyuman sambil mengangguk. Mereka mengatur langkah pulang ke rumah.


*******************************************************************


Mereka berpelukan lagi. Tapi pelukan kali ini adalah pelukan perpisahan. Akmal tak tahu bila mereka boleh bertemu kembali.

"Jaga diri kau baik-baik, Mal. Sampaikan salam aku buat keluarga kau nanti.

 Aku mesti rindu dengan kawan aku ni."Akmal tersenyum.

"Insyaallah...aku akan sampaikan salam kau, 

terima kasih sekali lagi Shad. Halalkan segalanya." 

Akmal bersalaman pula dengan kedua orang tua Irshad yang telah dia anggap seperti ibubapanya sendiri selama dia berada di situ.

 Keluarga Irshad telah menjadi sebahagian keluarganya . Dia sesekali tidak akan melupakan baik budi mereka.

"Kau tak nak jumpa Aisyah dulu? dia tau tak yang kau nak pergi ni?" tanya Irshad.

"Aisyah? hmmm...tak, dia tak tau..nah," 

Akmal menghulurkan sepucuk surat kepada Irshad.

"Boleh kau bagi surat ni kat dia?" Irshad menyambut huluran itu serta mengangguk.

" Oklah, aku pergi dulu, doakan aku ya...selamat tinggal sahabat......................."

Sekejap saja Akmal hilang dari pandangan.

 Entah kenapa dia merasa berat sekali untuk melepaskan sahabatnya itu pergi.

 Dia berdoa supaya Akmal selamat sampai ke destinasinya.


*********************************************************************


Seusai melakukan kewajipannya sebagai seorang muslimah, Aisyah melipat telekungnya serta duduk di birai katil. Sepucuk surat dari Akmal yang diberi melalui Irshad itu dicapai. Berhati-hati dia membukanya dan mula membaca setiap bait tulisan tangan Akmal.


~ Assalamualaikum ~ =)

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH :♥

:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG :♥
...

:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI :♥

:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN :♥

:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA
KITA :♥

:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG :♥

:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam
hati kita :♥

~~~ ♥ ~~~ DAN ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke ♥ ♥ ♥ SYURGA @ TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan ♥ ♥ ♥

♫♫♫ SO, dont worry ,,,

✿✿✿ Andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya ♦♦♦
♣♣♣ InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa ♥♥♥

Tidak semena-mena air matanya jatuh ke pipi dan mendakap erat surat yang penuh makna itu baginya.


********************************************************************


Setelah semalaman perjalanan, barulah dia sampai di perkaranagn rumahnya. "Alhamdulillah.."

bisik hati kecilnya. Hatinya berdebar-debar,

 dia takut keluarganya tidak mahu menerimanya kembali.

 Dari seberang jalan dia dapat melihat ayahnya yang mahu menutup pintu pagar sama sekali tidak menyedari kehadirannya disitu. 

"A..yah......" teriak Akmal, ayahnya berpaling. Terkejut melihat anaknya sudah pulang.

"Akmal.....anak ayah,,,Imahh!! anak kita dah balik...Akmal dah balik..." alangkah gembira hatinya tika ini. Akmal berlari mahu mendapatkan ayahnya disisi. Tapi.....betullah katanya, perpisahan dan pertemuan itu ditangan Allah S.WT. Kerana sebelum dia mendapatkan ayahnya, Allah telah mendapatkannya dahulu disisi rahmat kasih sayang-NYA. Sebuah kereta Persona telah melanggar tubuhnya, darah berpancuran kemana-mana. Tubuhnya terlantar di atas jalan. Nafasnya tersekat sekat. Matanya terbuntang menahan sakit bagai melihat malaikat maut yang menyeringai datang.

"Ya Allah!! Akmal!!!!!!!!" segera dia berlari, meriba anaknya yang sedang berperang dengan kematian di pangkuannya.

"Kenapa abang terjerit-jerit ni? dari dalam lagi Imah......Astaghfirullah!!!!! Apa yang dah jadi ni bang? Akmal? Abang,, kenapa dengan Akmal? Ya Allah.... Akmal anak ibu..."

"A...yah...i...bu...." nyawanya kini seperti sudah sampai di kerongkongan.

"Mengucap nak...mengucap..ayah dengan ibu ada dekat sini" sambil menggenggam erat tangan Akmal.

"Ak..Akmal..........Akmal....nak min..ta mmmm.....aaf dengan ayah....ibu...ALLAH........" Akmal menarik nafasnya panjang dan itulah nafasnya yang terakhir.

"Akmal!!!!!!!!!!!!"

"Innalillahi wai'nna ilaihi raji'un....."

Setiap yang BERNYAWA pasti akan merasai MATI, itu JANJI Allah.....Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN
tamat... 
cintacintakita17@yahoo.com